Ikuti Kami:

Park Jihyun Sah Sertai Drama Sukan Romantik ‘The Speed To You Is 493km’

Park Jihyun Sah Sertai Drama Sukan Romantik ‘The Speed To You Is 493km’

Selepas menunjukkan lakonan yang hebat dalam “Do You Like Brahms?” dan “Yumi’s Cells” pada tahun ini, nampaknya Park Ji-hyun bakal kembali dengan “The Speed To You Is 492km” pada tahun hadapan.

Drama sukan romantik ini berkisar mengenai keghairahan dan cinta lelaki dan wanita dalam kumpulan beregu campuran double di mana ahlinya ialah daripada kumpulan perniagaan badminton.

park juhyun

Pelakon berusia 27 tahun itu akan membawa watak Park Jun-young, iaitu kakak kepada Park Tae-joon (Chae Jong-hyeop) dan merupakan bekas pemenang pingat Olimpik. Terpaksa melupakan impiannya, watak itu akan meraih simpati penonton kerana menggambarkan kerisauan dan luka yang dihadapi anak muda berusia 20-an. Malah dia akan menonjolkan bagaimana untuk bangkit semula dan memulakan kehidupan kedua dengan paparan yang realistik.

“The Speed To You Is 493km” bakal menemui penonton di KBS pada separuh pertama 2022.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...