Ikuti Kami:

Park Jihu Kongsi Turut Dapat Tawaran Bawa Watak Antagonis Nayeon Dalam ‘All Of Us Are Dead’

Park Jihu Kongsi Turut Dapat Tawaran Bawa Watak Antagonis Nayeon Dalam ‘All Of Us Are Dead’

Siapa yang dah habis layan “All Of Us Are Dead”? Memang best kan jalan cerita dan persembahan pelakon utamanya?

Tidak dinafikan bahawa setiap pelakon siri itu meraih perhatian ramai kini. Meskipun muda, namun setiap daripada mereka membuktikan bahawa usia bukanlah penanda aras kepada bakat lakonan mereka.

Antara nama yang meniti di bibir penonton ialah Park Ji-hu yang membawa watak Nam On-jo. Merupakan watak utama, gadis itu berjaya menghidupkan watak seorang pelajar yang mencuba sedaya upaya untuk meneruskan kehidupan walaupun dikelilingi zombi.

netflix all of us are dead

Kredit: Netflix

Tidak dijangka apabila Park Ji-hu sebenarnya turut menerima tawaran untuk membawa watak antagonis iaitu Lee Na-yeon. Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pelakon itu menerusi sebuah temubual baru-baru ini,

Semasa uji bakat, saya menerima skrip untuk dua watak iaitu Na-eun dan On-jo. Selepas membaca skrip, pengarah bertanyakan watak yang mana lebih sesuai dengan saya, jadi tanpa berlengah, saya menjawab ‘On-jo’.

Tambahnya lagi,

Saya tiada keyakinan untuk membawa watak Na-yeon. Selepas itu, saya bersembang dengan pengarah mengenai personaliti saya, projek terdahulu dan apa yang saya ketahui mengenai zombi.

lee yumi all of us are dead

Kredit: Netflix

Oleh kerana itu, nampaknya watak itu dijayakan oleh Lee Yoo-mi. Seperti yang penonton ketahui, Lee Na-yeon merupakan watak antagonis yang hanya mementingkan diri dan sanggup mengorbankan rakannya kepada zombi asalkan dia dapat menyelamatkan diri sendiri.

Dalam pada itu, Park Ji-hu turut memberikan respon mengenai kritikan terhadap watak Nam On-jo yang pasif semasa berlawan dengan zombi. Katanya, dia faham mengapa penonton berasa geram dengan wataknya namun baginya, dalam keadaan itu (diserang zombi), sudah pasti akan ada pelbagai personaliti dan cara seseorang itu menanganinya.

park jihu all of us are dead

Okay tak agaknya kalau Park Ji-hu bawa watak Na-yeon?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...