Ikuti Kami:

Park Hyungsik Papar Babak Ranjang Dari Awal, Episod Pertama ‘Buried Hearts’ Raih Rating Baik

Park Hyungsik Papar Babak Ranjang Dari Awal, Episod Pertama ‘Buried Hearts’ Raih Rating Baik

Dalam drama “Buried Heart”, Park Hyung-sik memperlihatkan transformasi lakonan yang luar biasa, termasuk adegan tempat tidur yang mendalam dan perubahan watak yang gelap.

Pada episod pertama drama itu, Seo Dong-joo (Park Hyung-sik) dikhianati oleh kekasih rahsianya, Yeo Eun-nam (Hong Hwa-yeon), yang pernah berjanji untuk berkahwin dengannya, dan ini menyebabkan dia berasa dikhianati.

Dalam episod tersebut, Seo Dong-joo dan Yeo Eun-nam menjalinkan hubungan cinta rahsia di tempat kerja. Di pejabat, mereka berpura-pura berinteraksi secara formal, tetapi di luar, mereka hidup bersama dan merancang masa depan mereka. Malah berkongsi kasih di atas ranjang bagi membuktikan cinta mendalam antara satu sama lain.

Namun alangkah terkejutnya, apabila lelaki itu melihat wanita dicintai sedang berjalan sebagai pengantin di majlis perkahwinan dengannya dijemput sebagai tetamu sahaja. Bermula dari situ, Seo Dong-joo mengalami perubahan watak lebih gelap dan menimbulkan rasa ingin tahu penonton.

Dalam pada itu, episod pertama “Buried Heart” mencatatkan rating sebanyak 6.1% sekaligus menandakan rekod yang baik untuk sebuah drama di saluran awam.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Xports News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...