Utama Celebrity News Park Hyungsik Keluar Dari ‘UAA’, Pindah Agensi Baru ‘P&Studio’

Park Hyungsik Keluar Dari ‘UAA’, Pindah Agensi Baru ‘P&Studio’

park hyungsik

Pada 12 Oktober yang lepas, wakil dari industri melaporkan bahawa pelakon dan penyanyi Park Hyung-sik telah keluar dari agensinya United Artist Agency (UAA) sebulan yang lalu dan berpindah ke agensi baru P&Studio.

P&Studio merupakan agensi yang ditubuhkan oleh Park Hyung-sik sendiri bersama dengan pengurusnya yang telah bekerja dengannya sejak aktivitinya bersama dengan ZE:A lagi.

Pelakon Sung Yoo-bin juga dilaporkan telah dipindahkan dari UAA ke P&Studio.

sung yoo bin

UAA sendiri telah memberi respon kepada berita ini dan mengesahkan,

Park Hyung-sik dan Sung Yoo-bin akan memulakan aktiviti mereka di P&Studio, yang telah ditubuhkan di bawah pengurusan UAA.

UAA telah melabur ke atas penubuhan P&Studio untuk pelakon-pelakon di situ memulakan aktiviti mereka yang pelbagai. Kami akan meneruskan pengurusan sebagai rakan kongsi dengan strategik.

Tak sabar nak tunggu aktiviti Park Hyung-sik dan Sung Yoo-bin di bawah agensi baru ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERNewsen
Loading...