Meskipun sudah lama menamatkan tayangan namun, semua pelakon “Happiness” nampaknya masih lagi rapat hingga kini.
Terbaru, Han Hyo-joo telah berkongsi fotonya bersama rakan pelakon “Happiness” yang lain, dilihat sedang menikmati makan malam bersama-sama.
Pelakon wanita itu turut menulis kapsyen,
Seperti yang dijangka, kebahagiaan! ✨
Tiada siapa yang tahu ke mana kita akan pergi, tetapi marilah kita hidup dengan baik dan bertemu lagi dalam keadaan sihat dan bahagia❣️
View this post on Instagram
Dalam foto yang dikongsi, peminat teruja melihat Park Hyung-sik dan Han Hyo-joo duduk bersebelahan dengan kedua-dua mereka memakai topi.
Alala sukanya tengok hubungan rapat mereka!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉