Ikuti Kami:

Park Haejin Tamat Kontrak Dengan Agensi Setelah 12 Tahun, Kini Bergerak Bebas

Park Haejin Tamat Kontrak Dengan Agensi Setelah 12 Tahun, Kini Bergerak Bebas

Pelakon Park Hae-jin kini menjadi seorang artis yang bergerak ke pasaran agensi secara bebas.

Baru-baru ini, kontrak eksklusif Park Hae-jin bersama agensinya Mountain Movement yang telah bersamanya selama 12 tahun yang lalu kini telah berakhir. Dari penghujung 2010 hingga Jun 2022, Park Hae-jin dan Mountain Movement dilihat mengakhiri kerjasama mereka dengan baik malah sangat menyokong untuk kejayaan aktiviti masa depan masing-masing.

Mountain Movement berkata,

Pelakon Park Hae-jin, yang telah bersama kami selama 12 tahun, adalah seorang pelakon yang ikhlas dan berbakat. Dia seorang pekerja keras yang mantap dan sangat berusaha untuk terus menjadi pelakon terbaik. Kami telah melakukan pelbagai perkara bersama. Kami akan terus menyokong aktiviti Park Hae-jin pada masa hadapan.

Mountain Movement telah bekerjasama dengan Park Hae-jin untuk terus menjadi contoh yang baik dalam masyarakat dengan menyokong pelbagai aktiviti sukarelawan di dalam dan luar negara antaranya ialah pemilihan duta kehormat untuk Jabatan Bomba dan sumbangan bakat untuk pencegahan COVID-19.park haejinDalam pada itu, Park Hae-jin juga muncul sebagai Cha Cha-woong, peneraju lelaki utama dalam rancangan terbitan MBC “From Now, Showtime!” yang berakhir pada 12 Jun lalu.

Semoga karier Park hae-jin akan terus berkembang maju!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...