Ada satu lagi drama baharu yang korang boleh nantikan pada tahun ini!
Pada 8 April, telah diumumkan bahawa Kang Tae-oh akan membintangi “Unusual Lawyer Woo Youngwoo”, sertai Park Eun-bin yang juga telah disahkan akan membintangi drama ini.
Untuk pengetahuan, “Unusual Lawyer Woo Youngwoo” membawa kisah seorang peguam muda (Park Eun-bin) dengan sindrom Asperger yang menyertai firma guaman terkenal. Disebabkan IQ yang tinggi iaitu 164, ingatan yang baik dan proses pemikiran yang kreatif, si bijak Woo Young-woo tamat pengajian sebagai pelajar terbaik dalam tahunnya dari Universiti Kebangsaan Seoul, namun dia masih gagal untuk menyesuaikan diri dengan interaksi sosial.
Sementara itu, Kang Tae-oh akan memainkan watak utama lelaki Lee Jun-ho, seorang pekerja firma undang-undang yang menarik dan bertimbang rasa dengan penampilan kacak dan personaliti penyayang, menjadikannya sangat popular di pejabat. Semasa bekerja berdampingan dengan peguam Woo Young-woo, dia membentuk hubungan yang bermakna, menimbulkan perasaan baru dan asing.
Selain itu, pelakon lain yang turut akan membintangi drama ini ialah Kang Ki-young, Jeon Bae-soo, Baek Ji-won, Jin Kyung, Joo Hyun-young, Ha Yoon-kyung, Joo Jong-hyuk dan juga Im Sung-jae.
Nantikan “Unusual Lawyer Woo Youngwoo” yang telah dijadualkan untuk tayangan pada bulan Jun ini di Netflix!