Ikuti Kami:

Park Eunbin & Cha Eunwoo Sah Jadi Pengacara ‘Seoul Drama Awards 2021’

Park Eunbin & Cha Eunwoo Sah Jadi Pengacara ‘Seoul Drama Awards 2021’

Pengacara untuk acara Seoul Drama Awards 2021 telah diumumkan!

Pada 14 Oktober, diumumkan bahawa pelakon Park Eun-bin dan Cha Eun-woo ASTRO akan menjadi MC di upacara anugerah Seoul Drama Awards yang akan datang.

Seoul Drama Awards adalah festival drama antarabangsa yang meraikan drama dari seluruh dunia. Tahun ini, pelbagai acara akan diadakan dalam talian dan luar talian, termasuk Street Drama di ‘Sangam Culture Square’ dari 20 hingga 22 Oktober dengan zon pengalaman drama, kelas fesyen drama, pertandingan reaksi drama, konsert OST, dan konsert ulasan drama.

seoul drama awards 2021

Majlis Seoul Drama Awards 2021 yang dihoskan oleh Park Eun-bin dan Cha Eun-woo ini akan diadakan pada 21 Oktober nanti.

Tak sabarnya nak tengok keserasian mereka nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...