Ikuti Kami:

Park Boyoung & Yeon Woojin Bergandingan Dalam ‘Morning Arrives At The Psychiatric Ward’

Park Boyoung & Yeon Woojin Bergandingan Dalam ‘Morning Arrives At The Psychiatric Ward’

Khabar baik! Satu ‘healing’ drama bakal disiarkan yang menampilkan pelakon Park Bo-young. Yeay!

Terbaru, Netflix Korea mengesahkan bahawa Park Bo-young, Yeon Woo-jin, Jang Dong-yoon serta Lee Jung Eun bakal menjadi teraju utama untuk drama bersiri akan datang “Morning Arrives At The Psychiatric Ward”.

Drama bersiri itu mengisahkan mengenai kehidupan di wad psikiatri dan menerusi drama itu, Park Bo-young bakal memegang watak sebagai Jung Da-eun iaitu seorang jururawat muda yang ditugaskan untuk menjaga wad psikiatri buat pertama kali dalam hidupnya.

Selain Park Bo-young, Yeon Woo-jin juga bakal bertemu penonton sebagai pakar proktologis yang luar biasa iaitu Dong Go-yoon. Manakala, pelakon Jang Dong-yoon akan memegang watak sebagai Song Yoo-chan yang merupakan sahabat baik kepada Da-eun. Pelakon Lee Jung-eun pula akan memegang watak sebagai ketua jururawat di wad psikiatri tersebut iaitu sebagai Song Hyo-shin.

Nantikan drama ‘healing’ lakonan mereka okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...