Selepas dipromosikan di serata tempat, akhirnya “Doom At Your Service” memulakan langkahnya dalam dunia K-Drama baru-baru ini.
Sinopsis
Ia mengisahkan seorang wanita bernama Tak Dong-kyung (Park Bo-young) yang disahkan menghidap kanser otak. Tidak dapat menerima dugaan dan menyalahkan nasib malang hidupnya, Dong-kyung telah membuat permintaan agar dunia ini berakhir. Namun apa yang tidak disangka Myul-mang (Seo In-guk) yang mendakwa dirinya pengantara antara manusia dan Tuhan menawarkan untuk memenuhi permintaan wanita itu.
Apakah yang akan jadi seterusnya? Bagaimana cinta berputik diantara mereka dan adakah Dong Kyung akan benar-benar menemui ajalnya?
Episod awal bermula perlahan
[Amaran SPOILER]
Disebabkan ia adalah drama fantasi, sudah pasti terdapat pelbagai karakter mahupun plot yang mungkin kelihatan asing kepada penonton. Seperti Myul-mang, dia digambarkan sebagai seorang yang mempunyai kuasa yang luar biasa. Namun sejauh manakah dia berkuasa dalam mengawal kematian dan kejadian di dunia? Bukan itu sahaja, ‘Tuhan’ juga digambarkan sebagai seorang gadis berusia 20 tahun, jelas ia agak mengelirukan buat penonton.
Daripada episod awal ini, karakter lain sepertinya masih lagi disentuh pada dasarnya sahaja. Walaubagaimanapun, agak menarik kerana konflik cinta tiga segi adalah di antara watak sampingan iaitu Cha Joo-ik (Lee Soo-hyuk), Lee Hyun-kyu (Kang Tae-oh) dan Na Ji-na (Shin Do-hyun). Malah penonton juga tertanya-tanya bagaimanakah Dong-kyung akan mendekati kematiannya dan apakah yang akan Myul-mang akan lakukan mengenainya.
Rating baik
Mungkin disebabkan promosi yang baik selain ramai yang mahu menyaksikan keserasian gandingan Park Bo-young dan Seo In-guk, “Doom At Your Service” berjaya memulakan langkah dengan rekod yang baik.
Selepas merekodkan rating sebanyak 4.118% pada episod perdananya, ia mencatatkan sedikit peningkatan pada tayangan seterusnya dengan catatan 4.422%. Not bad!
Siapa yang sukakan cerita fantasi, memang kena layan “Doom At Your Service”.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.