Ikuti Kami:

Park Boyoung & Park Hyungsik Bakal Buat Kameo Dalam ‘Strong Woman Kang Namsoon’

Park Boyoung & Park Hyungsik Bakal Buat Kameo Dalam ‘Strong Woman Kang Namsoon’

Berita baik untuk peminat drama “Strong Woman Do Bongsoon”!

Terbaru, pelakon Park Bo-young dan Park Hyung-sik akan membuat penampilan istimewa dalam “Strong Woman Kang Namsoon”.

Menurut laporan pada 30 Mac, mereka berdua telah menamatkan penggambaran sebagai kameo dalam projek sekuel iaitu “Strong Woman Kang Namsoon” yang diterajui oleh Lee Yoo-mi, Kim Jung-eun dan Kim Hae-sook.

park hyungsik & park boyoung

Untuk pengetahuan, “Strong Woman Do Bongsoon” telah tamat tayangannya pada 2017 dan berjaya memecahkan rekod 10% dalam rating penonton buat kali pertama untuk drama JTBC.

Walaupun tiada info bagaimana kedua-dua watak ini akan muncul dalam drama tersebut, tetapi penonton tetap tidak sabar untuk melihat mereka semula dalam “Strong Woman Kang Namsoon” selepas sekian lama.

boyoung & hyungsik

Sementara itu, “Strong Woman Kang Namsoon” mengisahkan tentang sepupu jauh kepada Do Bong-soon (Park Bo-young) iaitu Kang Nam-soon (lakonan Lee Yoo-mi) bergabung tiga generasi merangkumi ibu dan neneknya bekerjasama untuk menyelesaikan kes dadah yang tidak pernah dilihat sebelum ini mengamuk di Gangnam.

Korang jangan lupa saksikan drama ini pada separuh kedua tahun 2023!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...