Ikuti Kami:

Park Boyoung Akui Ingin Berlakon Drama Romantik Dengan Park Seojoon

Park Boyoung Akui Ingin Berlakon Drama Romantik Dengan Park Seojoon

Mesti ramai kan yang dah teruja untuk tonton gandingan Park Seo-joon dan Park Bo-young dalam filem “Concrete Utopia”?

Terbaru pada 31 Julai, Park Seo-joon dan Park Bo-young telah terlibat dengan satu sidang media, bagi mengulas tentang filem bencana “Concrete Utopia”.

Untuk pengetahuan, dalam filem ini, kedua pelakon itu akan membawa watak sebagai pasangan suami isteri, yang berjuang untuk terus hidup di tengah-tengah krisis.

Ketika sesi temu bual, Park Seo-joon menjelaskan mengenai kekurangan adegan romantik bersama pelakon wanita itu dalam filem tersebut,

Sebagai penonton, ia membuatkan saya berasa sedih melihat dua watak itu dalam situasi tersebut. Saya asyik tertanya-tanya bagaimana filem itu jika mereka akan ada lebih banyak babak romantik bersama.

park seojoon park boyoung

Kemudian, Park Bo-young juga turut mengaku,

Jika saya ada peluang, saya berharap untuk bersatu semula dengannya untuk projek yang lebih romantik.

Sementara itu, “Concrete Utopia” akan menggambarkan bagaimana sifat manusia berubah apabila berhadapan dengan malapetaka. Ia akan tertumpu kepada mangsa yang terselamat daripada gempa bumi besar yang memusnahkan Seoul, ketika mereka berkumpul di bangunan tunggal yang masih hidup di Pangsapuri Hwanggoong.

Nantikan pada 9 Ogos ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...