Ikuti Kami:

Park Bogum & Park Sodam Harungi Industri Permodelan, Tonton Drama ‘Record Of Youth’ Bermula September Ini

Park Bogum & Park Sodam Harungi Industri Permodelan, Tonton Drama ‘Record Of Youth’ Bermula September Ini

Dengar cerita ramai yang tidak tidur lena sejak kebelakangan ini apabila mendapat tahu bahawa Park Bo-gum bakal hilang selama dua tahun dek latihan khidmat ketenteraan yang wajib dijalani oleh setiap lelaki Korea yang layak.

Tetapi jangan risau kerana pelakon lelaki ini sudah pun menyusun pelbagai drama dan filem lakonannya sepanjang dia berkhidmat nanti. Antara salah satu drama yang dinantikan ramai ialah “Record Of Youth” di mana Park Bo-gum telah pun bergandingan dengan Park So-dam.

Bagi yang tidak tahu, drama ini membawa kisah sekumpulan anak muda yang cuba hidup dan mencapai impian mereka dalam industri permodelan.

record of youth

“Record Of Youth” membawa kisah Sa Hye-joon (Park Bo-gum) yang menanam impian untuk menjadi model dan pelakon manakala Ahn Jung-ha (Park So-dam) pula mahu menjadi seorang artis solekan dan menolak ketepi rasa tidak yakin diri yang sudah lama bersarang dalam dirinya. Won Hae-hyo (Byun Woo-seok) pula merupakan rakan baik kepada Hye-joon dan sangat berharap agar orang menerimanya sebagai pelakon dan model yang berbakat dan bukannya kerana apa yang dimilikinya sejak lahir.

Daripada sedutan pendek “Record Of Youth” yang baru sahaja diriliskan ini, nampaknya ia dipenuhi dengan warna kehidupan orang muda.

Lepas rindu anda pada Park Bo-gum dengan menyaksikan “Record Of Youth” di saluran tvN bermula September nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...