Ikuti Kami:

Park Bogum Lakukan Kerja Amal Selama 10 Tahun Secara Rahsia

Park Bogum Lakukan Kerja Amal Selama 10 Tahun Secara Rahsia

Pelakon Park Bo-gum sebelum ini kerap menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat dan juga rakan artis atas sikap ikhlas dan baik yang sering dipamerkannya. Terbaru, dia dikhabarkan melakukan sesuatu yang sekali lagi berjaya menyentuh hati ramai orang.

Park Bo-gum kian terkenal apabila dia berhasil menunjukkan satu teladan yang baik dan berinspirasi terutama sekali ketika dia melakukan perkhidmatan sukarelawan secara rahsia selepas tamat perkhidmatan tenteranya.

Melalui laman “Myungjin Field Flower Love Village”, mereka memuat naik satu perkongsian mengenai ulasan sumbangan barangan sempena Hari Kanak-Kanak 2022 oleh “Jabatan Kebajikan Bo-gum”.

“Myungjin Field Flower Love Village” berkongsi bahawa,

Tahun ini menandakan tahun ke-10 sumbangan barangan yang bermula pada 2013. Kami amat berterima kasih kepada Jabatan Kebajikan Bo-gum dan pelakon Park Bo-gum sendiri atas kasih sayang dan sokongan mereka yang tidak pernah berubah. Ini sangat bermanfaat buat semua.

Mereka turut menambah,

Tahun ini, barang-barang yang dihantar oleh Kementerian Kebajikan Bo-gum telah disusun sendiri oleh Park Bo-gum. Pelakon itu telah menyediakan hadiah untuk kanak-kanak dengan usahanya sendiri, menyelesaikan segalanya daripada proses pembungkusan, proses memeriksa item, proses pengasingan barangan, dan proses membuang sampah.

Apabila kami melihatnya, kami sedar bahawa ia adalah satu perkongsian yang mempunyai pengaruh positif. 

park bogum

Pihak “Myungjin Wild Flower Love Village” turut memuat naik gambar kerja sukarelawan Park Bo-gum berserta surat ucapan terima kasih. Dalam foto itu, Park Bo-gum sedang menumpukan perhatian terhadap kerja amalnya. Dia kelihatan sangat bekerja keras apabila dia menyusun banyak kotak satu demi satu.

 

Sebelum ini, Park Bo-gum dilihat pernah terlibat dalam beberapa aktiviti sukarelawan seperti kelab peminatnya “Jabatan Kebajikan Bo-gum”. Sejak itu, dia terus dikaitkan dengan pelbagai khabar angin berkaitan perkhidmatannya, malah ianya turut menjadi topik hangat.

Dalam pada itu, Park Bo-gum pernah mendaftar pada Ogos tahun lalu dan berkhidmat sebagai pegawai perhubungan awam kebudayaan milik Orkestra Tentera Laut, tetapi telah diberhentikan daripada perkhidmatan tersebut. Selepas memohon kembali dalam unit tersebut untuk menghabiskan baki cuti peribadinya, dia mengambil cuti terakhirnya pada 21 Februari. Setelah itu, Park Bo-gum turut mengaendalikan Anugerah Seni Baeksang ke-58 yang diadakan pada awal Mei ini dan juga Konsert Patriotik Tentera Laut Republik Korea 2022.

park bogum

Wah tak sangka betul kan Park Bo-gum sangat berjiwa besar dan sering membantu ramai pihak. Semoga segala usaha ikhlas Park Bo-gum akan mendatangkan kebaikkan buat semua orang yang memerlukan bantuan seperti ini dan terus memberi inspirasi untuk orang lain juga!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...