Ikuti Kami:

Park Bogum Didedahkan Sudah 7 Tahun Sertai Aktiviti Sukarelawan Di Rumah Anak Yatim

Park Bogum Didedahkan Sudah 7 Tahun Sertai Aktiviti Sukarelawan Di Rumah Anak Yatim

Sejuk rasanya hati apabila selebriti kegemaran kita bukan sahaja berbakat tetapi juga memiliki hati yang baik! Begitu juga dengan Park Bo-gum yang didedahkan telah melakukan aktiviti sukarelawan di sebuah rumah anak yatim selama 7 tahun lamanya.

Dikhabarkan apabila pelakon itu menyertai latihan khidmat ketenteraan pada 31 Ogos lepas, dia telah menghantar kek dan surat secara lebih awal kepada rumah anak yatim yang sudah dikunjunginya selama 7 tahun lamanya. Dia juga dikhabarkan cuba melawat anak-anak di rumah tersebut sejak daripada awal tahun ini tapi terpaksa membatalkan niat tersebut dek pandemik COVID-19.

park bogum sukarela di rumah anak yatim

Selepas hal ini tersebar di serata media, agensi naungan Park Bo-gum iaitu Blossom Entertainment mengesahkan bahawa memang benar pelakon itu dan kelab peminat rasminya turut menyokong dan melakukan aktiviti sukarelawan di rumah anak yatim tersebut sejak 7 tahun lepas.

Bahkan kakitangan rumah tersebut turut meluahkan rasa terima kasih kepada lelaki itu menerusi laman Instagram rasmi mereka,

 

View this post on Instagram

 

박보검배우님 무한 감동과 사랑입니다 ♡ 팬클럽 보검복지부 ㆍ블러썸사랑나눔 봉사자분들 7년동안 변함없는 사랑과 관심 진심 으로 감사드립니다 배우님이 국방의 의무를 다하시러 해군 장병으로 조용히 입대 하신거 기사를 통해 알고있어요 언제나 선한영향력을 주시는 박보검 배우님 늘 응원할께요 건강하게 돌아오세요 ❤ TVN 청춘기록 본방사수 하면서 응원할께요 화이팅!! * 입대전 손편지와 멋지고 예쁜 케이크선물까지 감동감동 아이들이 너무좋아했어요 😊😊 진심으로 감사드립니다 #박보검 #선한영향력 #보검복지부 #청춘기록_본방사수 #블러썸 #명진들꽃사랑마을 #청춘기록 박보검 #청춘기록 사혜준 #블러썸사랑나눔 박보검 배우님 청춘기록 응원합니다

A post shared by 명진들꽃사랑마을 (@mj293_9) on

Pelakon Park Bo-gum, kami sangat tersentuh dan rasa disayangi. Kami berterima kasih terhadap kasih sayang awak yang tidak berubah selama 7 tahun ini. Kami akan sentiasa menyokong pelakon Park Bo-gum yang merupakan pengaruh baik kepada orang lain. Semoga awak kembali dengan kesihatan yang baik.

Kami tersentuh melihat surat tulisan tangan awak dan kek yang cantik ini. Anak-anak di sini semua sukakannya. Kami sejujurnya mengucapkan terima kasih.

Betul apa yang orang cakap, dalam rezeki kita ada rezeki untuk orang lain juga. Lebih seronok apabila kita dapat berkongsi dan menggembirakan orang lain kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...