Ikuti Kami:

‘Parasite’: Watak Amah Penuh Rahsia Dipuji Di Korea, Watak Isteri Naif Lebih Meninggalkan Impak Di Luar Negara

‘Parasite’: Watak Amah Penuh Rahsia Dipuji Di Korea, Watak Isteri Naif Lebih Meninggalkan Impak Di Luar Negara

Filem Korea semakin lama semakin hebat penangannya! Kalau ditayangkan di panggung wayang tempatan, sudah pasti ramai yang akan memenuhkan tempat duduk yang ada. Meskipun kurang mendapat sambutan beberapa tahun yang lalu, tapi kini rata-rata peminat tegar filem telah memberikan kepercayaan yang penuh dengan filem daripada Korea!

Antara naskhah yang mendapat pujian melambung daripada penonton pada tahun 2019 ini ialah “Parasite”. Bukan sahaja mendapat penghargaan di negara sendiri bahkan filem ini berjaya meraih anugerah berprestij di majlis filem yang hebat dan terkenal!

filem parasite

Sinopsis ‘Parasite’

Kepada yang tak tahu, filem ini mengisahkan tentang keluarga Kim Kitaek (Song Kangho), seorang pemandu yang mempunyai seorang isteri dan dua orang anak berusia belasan tahun dan mereka sekeluarga tinggal di sebuah bilik bawah tanah yang kotor dan tidak sepatutnya dihuni oleh manusia.

Kesemua mereka akhirnya menganggur dan hanya melakukan kerja sampingan iaitu melipat kotak pizza. Pada suatu hari anak lelaki mereka telah mendapat kerja sebagai tutor bahasa Inggeris di sebuah rumah orang kaya hasil bantuan rakan anaknya itu.

parasite

Daripada situ, anak lelakinya itu telah berusaha untuk membawa kesemua ahli keluarganya supaya dapat bekerja di rumah itu sebagai guru seni, pemandu dan pembantu rumah. Namun ketamakan mereka untuk cuba hidup seperti orang kaya akhirnya membawa kepada satu insiden yang ngeri.

Lakonan yang hebat daripada teraju wanita

Menerusi satu laman komuniti di Korea, satu entri telah dimuat naik di mana sesorang menunjukkan bahawa karakter wanita di dalam filem “Parasite” mendapat berbeza perhatian daripada negara yang lain.

Sebagai contoh, watak amah yang dibawakan oleh pelakon Lee Jungeun mendapat pujian daripada kesemua penonton di Korea. Menurut mereka, walaupun watak wanita tua itu nampak seperti tiada signifikannya pada awal filem tetapi ia mula berubah pada waktu malam dia kembali ke rumah bekas tuannya itu untuk berjumpa dengan suaminya yang disorokkan di ruangan bawah tanah. Ada segelintir penonton yang berkata bahawa filem ini benar-benar bermula daripada babak perbualan interkom amah tersebut.

pelakon wanita parasite parasiteWalaubagaimanapun, di peringkat antarabangsa, watak isteri naif yang dimainkan oleh Cho Yeojung lebih mendapat perhatian penonton. Bagi penonton, karakter lurus yang dibawanya benar-benar menjadi sehinggakan dia nampak ‘bodoh’ dan suci.

pelakon wanita parasite pelakon wanita parasite

Namun begitu, kesemua teraju wanita dalam “Parasite” layak menerima tepukan kerana tiada langsung cacat cela dalam lakonan mereka. Bukan sahaja isteri naif dan amah tetapi watak anak dan ibu licik juga berjaya mencuri perhatian penonton. Pendek kata, tiada satu watak pun yang buat ‘spoil’ dalam naskhah ini!

Sumber: Pann-choa

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...