Utama Drama Korea Papar Mesej Menyentuh Hati, ‘Juvenile Justice’ Dipuji Realistik

Papar Mesej Menyentuh Hati, ‘Juvenile Justice’ Dipuji Realistik

netflix juvenile justice

Siapa yang sudah menonton siri “Juvenile Justice” di Netflix?

Ianya membawa kisah seorang hakim yang perlu menyeimbangkan ketidaksukaan terhadap penjenayah bawah umur apabila mengendalikan kes di mahkamah juvenil.

Sebelum ditayangkan kepada umum, para pengkritik telah pun menonton drama ini dan memberikan respon yang positif.

Antara komen yang diberikan ialah,

Saya merasakan bahawa pengarahan dilakukan dengan baik, jadi penonton memikirkan mengenai isu yang diketengahkan dari pelbagi perspektif. Semasa menonton siri ini, saya memikirkan jawapan kepada soalan, ‘Apa yang perlu kita buat untuk kanak-kanak, bukan sahaja pesalah muda, untuk menjadi individu yang lebih baik?

Hanya hakim yang memahami perasaan mangsa. Saya merasakan apa yang dirisaukan saya berjaya disampaikan dengan baik di dalam siri ini.

Sebenarnya, apa yang keempat-empat hakim ini risaukan ialah apa yang seorang hakim risaukan. Saya suka kerana ia dibahagikan kepada empat orang berbeza.

netflix juvenile justice
Kredit: Netflix

Tambahan lagi, mereka turut memuji plotnya yang realistik dan memukau. Lakonan pelakon yang menakjubkan juga memainkan peranan yang penting, terutamanya watak pesalah juvenil.

Mereka turut menyokong mesej yang disampaikan “Juvenile Justice” kepada dunia,

Ia merupakan projek berharga yang membuatkan semua memikirkan bagaimana kita memandang pesalah muda ini. Saya berharap ia bakal menjadi peluang untuk meningkatkan perhatian kepada jenayah juvenil.

Jangan lupa layan drama ini okay?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERMax Movie
Loading...