Baru-baru ini, pelakon Kang Dong-won telah terlibat dengan satu temu bual di mana dia berborak mengenai filemnya akan datang “Broker” dan persahabatan dengan V BTS.
Untuk pengetahuan, “Broker” ialah filem Korea pertama yang dibuat oleh pengarah bintang Jepun, Koreeda Hirokazu. Filem ini mengisahkan tentang kotak bayi, yang disediakan untuk orang yang tidak lagi mampu memberi nafkah kepada bayi mereka untuk menyerahkannya secara tanpa nama. Song Kang-ho dan Kang Dong-won akan membintangi sebagai rakan kongsi ‘broker’ yang berniat baik, Sang-hyun dan Dong-soo.
Pada awalnya, Kang Dong-won berkongsi pengalaman bekerja dengan pengarah bintang Koreeda Hirokazu. Katanya,
Gaya pengarah lebih dekat dengan filem indie berbanding filem genre, jadi ia lebih selesa semasa penggambaran. Memandangkan dia seorang yang pakar, saya hanya mempercayai dia dan membuat penggambaran dengan menyeronokkan.
Kemudian, Kang Dong-won menyentuh tentang persahabatannya dengan V BTS, yang turut menghadiri tayangan ujian VIP filem “Broker” bagi memberi sokongan buatnya. Kongsi Kang Dong-won,
Saya secara peribadi tidak suka tayangan ujian VIP. Ia terlalu banyak kerja kerana anda perlu menghubungi tetamu secara peribadi untuk menjemput mereka dan menetapkan tempat duduk. Memandangkan saya tidak mempunyai tiket yang mencukupi, saya tidak boleh menjemput semua orang. Saya hanya mendapat dua baris kerusi kali ini jadi mengatur tempat duduk untuk tetamu saya sangat sukar. Tetamu saya mungkin tidak mempunyai hubungan yang baik antara satu sama lain dan saya perlu memikirkan personaliti mereka.
Mengenai pertemuan dengan V, Kang Dong-won menjelaskan,
Saya bertemu V melalui rakan bersama dan dia berkata dia mahu berjumpa. Walaupun kami bukan dari tempat yang sama, V berkata dia banyak mendengar tentang saya di kampung halaman kami Geochang sejak dia muda kerana saya terkenal di kawasan itu.
Sambungnya lagi,
V rapat dengan penyanyi Park Hyo-shin dan ketika saya bersama Hyo-shin, kenalan kami bertanya sama ada mereka boleh menjemput V, jadi saya akhirnya bertemu dengannya.
Makin rapat kan mereka?