Ikuti Kami:

Pandangan Umum Mula Berubah, Jenama Popular Kembali Muat Naik Foto Kim Seonho

Pandangan Umum Mula Berubah, Jenama Popular Kembali Muat Naik Foto Kim Seonho

Umum mengetahui bahawa Kim Seon-ho telah terpalit dengan satu kontroversi dek pendedahan bekas kekasihnya pada minggu lalu.

Walaubagaimanapun, selepas pendedahan Dispatch dan beberapa bukti lain yang dikemukakan seperti kisah silam wanita itu yang tidak ‘bersih’ membuatkan ramai yang kembali menyokong pelakon itu.

Malah jenama terkenal yang mengambil Kim Seon-ho sebagai duta sebelum ini sudah kembali memuat naik gambarnya di laman web dan akaun media soal. Pelitup muka jenama ‘Miima’ juga turut memuat naik kembali rakaman di sebalik tabir Kim Seon-ho untuk rakaman iklan itu di YouTube.

kim seonho miima

Kata wakil daripada jenama itu, pada asalnya mereka menurunkan semua iklan berkaitan Kim Seon-ho selepas pelakon itu meminta maaf dan membuat keputusan untuk berada di sisi neutral tanpa menyokong sesiapa.

Namun pelakuan itu sepertinya bersikap memilih pihak untuk kes ini. Tambahan pula, perbuatan mengakui dan menerima kesilapan sendiri merupakan satu keberanian yang baik selain merupakan nilai yang penting. Biasanya, kami akan menfailkan saman dan memadam kesemuanya apabila ada kes yang berlaku tapi disebabkan ada bahagian yang salah, saya rasakan amat penting untuk menerimanya. Sebagai ahli masyarakat, sudah sepatutnya kita melihat apa-apa hal menerusi pandangan objektif.

Dalam pada itu, ramai yang berharap agar Kim Seon-ho dapat kebali ke dalam industri seperti biasa memandangkan pertuduhan yang dibuat oleh bekas keasihnya itu terdapat banyak keraguan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...