Meskipun dikritik ramai, Hyun-a dan Jun-hyung telah didapati keluar bersama dan mempamerkan kemesraan mereka secara terbuka.
Mengikut laporan media pada 8 Februari, Hyun-a dan Jun-hyung telah dijumpai menghabiskan masa bersama di sebuah pusat membeli belah yang terletak di Gangnam, Seoul.
Saksi yang melaporkan berkata,
Pasangan tersebut dilihat berjalan-jalan di dalam pusat membeli belah tersebut sambil memegang tangan.
Tambahnya,
Mereka yang hanya mengenakan pakaian kasual itu dilihat tidak terganggu dengan perhatian yang diterima. Malah, pasangan itu secara terbukanya menunjukkan kemesraan serta hubungan mereka.
Terlebih dahulu, Hyun-a telah mengejutkan ramai selepas berkongsi gambar ‘candid’ yang menunjukkan dirinya sedang berpegangan tangan bersama Jun-hyung dengan kapsyen yang mengumumkan hubungan percintaan mereka.
View this post on Instagram
Namun, hubungan kedua-dua penyanyi tersebut dikritik ramai disebabkan oleh penglibatan Jun-hyung di dalam skandal ‘Burning Sun’ pada masa lalu.
Apa pendapat korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.