Memang boyfriend yang supportive tau Jung Kyung-ho ni!
Baru-baru ini, Soo-young Girls’ Generation telah mengadakan persembahan untuk lagu solo pertamanya “Unstopabble”di Tokyo dan menerima sokongan dari ramai peminat.
Selain peminat, teman lelakinya juga iaitu Jung Kyung-ho sanggup ‘terbang’ ke Jepun, bagi menunjukkan sokongan buat kekasihnya itu.
kyungho with friends at sooyoung’s showcase including kim dongwook 🥹 pic.twitter.com/CZvr42ZYfC
— kyungho loops (@jstarloops) October 26, 2024
Apa yang menarik perhatian, Jung Kyung-ho dilihat memakai t-shirt putih, dengan wajah Soo-young yang dicetak atasnya. Malah, dia dan rakan-rakannya yang turut hadir, semuanya memakai t-shirt yang sama bagi memberikan sokongan padu buat debut Soo-young.
Komen netizen ‘cair’,
- Jung Kyung-ho peminat nombor satu Soo-young!
- Teman lelaki paling supportive.
- Kyung-ho tengah sibuk pun tetap datang untuk sokong Soo-young.
- Pasangan paling green flag!
Alahai bersemut lah!