Setelah lama menanti, “The Fiery Priest” musim kedua akan menemui penonton tak lama lagi!
Terbaru, SBS telah melancarkan poster untuk “The Fiery Priest 2” sekaligus mengumumkan tarikh tayangannya iaitu pada 8 November nanti selepas “The Judge From Hell” tamat.
Diterajui Kim Nam-gil, Honey Lee dan Kim Sung-kyun, drama ini mengisahkan tentang kisah antara seorang paderi katolik yang panas baran dan wakil penyiasat daripada balai polis Gudam. Di mana, kedua-dua mereka terpaksa untuk bekerjasama bagi menyelesaikan satu kes pembunuhan.
[티저 포스터]
벨라또의 사명, 시작하겠습니다.
‘열혈사제2’ 티저 포스터 공개🔥SBS 새 금토드라마 <열혈사제2>
☞ 11월 8일 [금] 밤 10시 첫 방송#SBS새금토드라마 #열혈사제2#TheFieryPriest2 #티저포스터#열혈사제2티저포스터#김남길 #김성균 #이하늬#성준 #서현우 #김형서 pic.twitter.com/uLVzLCFWdH— SBSNOW (@SBSNOW) October 10, 2024
Selain itu, pasukan produksi juga berkongsi,
Drama ini akan menceritakan kisah paderi Kim Hae-il dan rakan-rakannya yang menyahut cabaran untuk membongkar kartel jahat melalui misi baru yang dipanggil ‘Bellato’. Kim Nam-gil, Lee Hanee dan Kim Sung-kyun akan menunjukkan keserasian yang hebat, sama seperti lima tahun lalu. Kami yakin bahawa drama yang telah lama dinantikan ini, akan memenuhi jangkaan.
Nantikan tayangan “The Fiery Priest 2” pada 8 November ini!