Ikuti Kami:

Pakar Kritik Dedah Rahsia Populariti Drama ‘Strong Girl Namsoon’

Pakar Kritik Dedah Rahsia Populariti Drama ‘Strong Girl Namsoon’

Drama pun ada rahsia juga?

Seorang ibu dan anak perempuan dengan kuasa kehebatan luar biasa mengalahkan penjahat yang berpusat di sekitar Gangnam. Itulah ringkasan kisah tentang drama “Strong Girl Nam-soon” yang sedap menarik perhatian ramai pada waktu ini.

Dalam masa yang sama, walaupun drama ini kedengaran seperti kebudak-budakan, tetapi drama ini masih boleh membuat penonton dari pelbagai lapisan umur terhibur dan ketawa tanpa disedari.

Pakar kritik mengatakan,

Drama ini boleh membuatkan anda ketawa walaupun anda menontonnya tanpa memikirkan apa-apa. Lagi-lagi pada waktu sekarang bila ekonomi tidak bagus, faktor sosial ini yang menyebabkan penonton menyukai drama seperti ini. Ianya buat mereka bahagia.

strong girl namsoon

Drama “Strong Girl Nam-soon” ini membuatkan penonton rasa seronok kerana kandungannya yang menunjukkan realiti kehidupan yang sebenar. Selain menunjukkan kesedaran kelas kehidupan yang berleluasa dalam masyarakat akibat layanan yang tidak adil, insiden seperti kes dadah yang sedang menjadi masalah sosial juga turut dijadikan subjek di dalam drama ini, menyebabkan drama ini menjadi kegemaran ramai.

Wow menariknya drama ni! Korang semua dah tengok ke belum?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...