Ikuti Kami:

Pakar Babak Ciuman! 5 Pelakon Lelaki Ini Digelar Sebagai ‘Master Of Kissing Scenes’ Dalam K-Drama

Pakar Babak Ciuman! 5 Pelakon Lelaki Ini Digelar Sebagai ‘Master Of Kissing Scenes’ Dalam K-Drama

Drama romantik Korea memang tidak dinafikan merupakan antara genre kegemaran peminat K-Drama.

Selain plot menarik, keserasian antara pelakon utama juga merupakan sesuatu yang penting dan sebab mengapa penonton memilih untuk menonton drama berkenaan.

Dalam artikel kali ini, KimchiDaily ingin berkongsi antara 5 pelakon lelaki yang digelar sebagai ‘Master of Kissing Scenes’, kerana berjaya menghidupkan ‘chemistry’ mantap bersama pelakon wanita.

Park Seojoon

Kalau cakap tentang drama romantik, nama Park Seo-joon memang tidak akan terkecuali!

Dalam dramanya seperti “Fight for My Way” dan “What’s Wrong with Secretary Kim”, pelakon lelaki itu mempunyai babak intim bersama Kim Ji-won dan Park Min-young, telah berjaya mendapat pujian ramai dengan kepakarannya untuk menghidupkan lagi adegan berkenaan.

Seo Inguk

Seterusnya adalah Seo In-guk, yang juga sering menjadi bualan ramai setiap kali dia kembali dengan drama bergenre romantik.

Seperti dalam drama “Doom at Your Service”, Seo In-guk digandingkan bersama Park Bo-young dan mereka juga mempunyai banyak adegan ‘mesra’ bersama. Setiap kali episod di mana kedua pelakon itu berciuman, drama itu pastinya akan terus trending di seluruh dunia!

Ji Changwook

Pasti ramai yang sudah menjangkakan nama Ji Chang-wook pastinya akan tersenarai kan?

Diberi gelaran sebagai ‘Kissing Master’, keserasian Ji Chang-wook bersama rakan pelakon wanitanya pasti tidak akan mengecewakan penonton. Contohnya dalam drama “Suspicious Partner”, “The K2” dan “Melting Me Softly”, pelakon lelaki itu pasti akan terus meraih perhatian ramai dengan babak ‘panas’nya.

Gong Yoo

Selain itu dalam senarai adalah Gong Yoo! Berusia 44 tahun kini, penonton semestinya akan ‘cair’ setiap kali Gong Yoo muncul dalam drama romantik.

Contohnya dalam drama “Goblin”, wataknya bersama Kim Go-eun ada beberapa kali melakukan adegan ciuman bersama dan meskipun sudah 4 tahun berlalu, pasti ramai yang masih rindui untuk lihat gandingan kedua pelakon ini kan?

Kim Soohyun

Akhir sekali adalah Kim Soo-hyun. Rasanya tidak perlu untuk menjelaskan dengan lebih lanjut kerana peminat K-Drama pastinya akan faham mengapa nama pelakon ini turut tersenarai!

Dramanya “It’s Okay to Not be Okay” telah dipilih antara K-Drama yang mempunyai babak ciuman terbaik dan memang tidak dinafikan, Kim Soo-hyun merupakan antara faktor babak intim dalam drama ini lebih ‘hidup’. Antara drama lain lakonannya yang turut mendapat perhatian adalah “My Love From the Star”, “One Ordinary Day” dan banyak lagi.

Siapa lagi yang korang rasa harus tersenarai?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...