Ikuti Kami:

Pakai Rantai Cecah Ribuan Ringgit, Ramai Ingin Jadi Kucing G-Dragon!

Pakai Rantai Cecah Ribuan Ringgit, Ramai Ingin Jadi Kucing G-Dragon!

Peminat pasti tahu bahawa G-Dragon mempunyai seekor kucing yang diberi nama Princess Zoa.

Terbaru, G-Dragon telah memuat naik beberapa foto di laman Instagram, memaparkan selfie dirinya tanpa memakai baju dan gambar kucingnya.

Menarik perhatian, netizen perasan bahawa kucing penyanyi itu memakai rantai dari jenama Chanel, yang dijangka mencecah harga ribuan ringgit.

Selepas melihat foto itu, netizen meluahkan rasa cemburu dan menulis,

Saya harap saya boleh menjadi kucing GD.

 

Kucing pun mampu untuk pakai rantai Chanel dan saya tak mampu.

 

Untungnya jadi kucing G-Dragon, terus dapat pakai rantai Chanel.

Sementara itu, G-Dragon juga dijangka bakal membuat kemunculan semula solonya tak lama lagi dan masih dalam proses persiapan kini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...