Memang ‘couple goals’ sangat tau Kim Woo-bin dengan Shin Min-ah ni!
Terbaru pada 4 Mei, Kim Woo-bin telah memuat naik beberapa foto baru di Instagram tanpa menulis sebarang kapsyen.
Menerusi gambar yang dikongsi, lelaki itu tampil memakai jaket kulit berwarna coklat, digayakan dengan topi hitam.
Sebelum ini, kekasihnya iaitu Shin Min-ah juga telah berkongsi fotonya di Instagram dengan memakai jaket kulit yang sama seperti Kim Woo-bin, menimbulkan dakwaan bahawa gambar tersebut diambil ketika mereka keluar dating bersama.
Meskipun hantaran yang dimuat naik adalah pada waktu yang berbeza namun netizen tetap teruja melihat ‘couple look’ mereka.
Tak pernah tak sweet tau!