Ikuti Kami:

“Pakai Balik Baju Sekolah Awak” – Netizen Kritik Plot Drama Baru Moon Gayoung & Choi Hyunwook, Apa Sebabnya?

“Pakai Balik Baju Sekolah Awak” – Netizen Kritik Plot Drama Baru Moon Gayoung & Choi Hyunwook, Apa Sebabnya?

Baru-baru ini, Moon Ga-young dan Choi Hyun-wook telah disahkan untuk membintangi drama rom-kom baru berjudul “Black Salt Dragon”.

Meskipun ramai yang teruja untuk melihat keserasian kedua pelakon itu namun, ada juga yang kurang ‘senang’ melihat plot untuk naskhah tersebut.

Untuk pengetahuan,  “Black Salt Dragon” menceritakan kisah cinta seorang lelaki dan wanita yang pertama kali bertemu melalui watak permainan dalam talian semasa zaman persekolahan. Pada 16 tahun kemudian, mereka bertemu semula dalam kehidupan sebenar sebagai bos dan pekerja.

Selepas mengetahui bahawa Choi Hyun-wook (22 tahun) akan membawa watak sebagai seorang bos dan pewaris chaebol, ramai yang berpendapat bahawa lelaki itu terlalu muda dan tidak sesuai dengan watak sedemikian.

Tambahan pula dia akan digandingkan dengan Moon Ga-young (28 tahun), yang akan menghidupkan watak sebagai pekerja di syarikat tersebut, yang jauh lebih sesuai untuk menjadi seorang bos dengan imejnya yang lebih matang.

Komen netizen,

  • Mereka mula kenal sejak umur 4 tahun ke apa ni?
  • 16 tahun kemudian?? Hyun-wook pun nampak macam baru umur 16 tahun.
  • Choi Hyun-wook..pakai balik baju sekolah awak.
  • Kenapa tak Moon Ga-young je mainkan watak sebagai bos? Hyun-wook masih sangat muda.
  • Hyun-wook lebih sesuai bawa watak pelajar sekolah atau kolej.
  • Apa dah jadi dengan k-drama sekarang ni? Asyik plot CEO kaya je.

Apa pendapat korang pula?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Yonhap News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...