Lima tahun selepas keluaran solo terakhirnya, pasti ramai peminat yang menantikan comeback solo daripada Taeyang BIGBANG, kan?
Terbaru, peminat perasan bahawa Taeyang telah memadam kesemua entri di laman Instagram miliknya dan menukar gambar profil Instagram serta Twitter kepada warna hitam.
Selain itu, idola itu juga turut menulis perkataan ‘Renewal’ di bio Instagramnya, sebelum memadamnya kembali.
https://twitter.com/Coup_dEtat5/status/1585215323044970496?s=20&t=JXJeM3TZQpDMPAvRVLep4A
Kini, peminat membuat spekulasi sama ada Taeyang berkemungkinan memberi petunjuk untuk keluaran muzik solo baru, pembaharuan kontrak atau berakhirnya kontraknya dengan agensi YG Entertainment.
Sekadar info, Taeyang telah menamatkan khidmat ketenteraannya pada November 2019, dan hanya mengeluarkan satu single iaitu “Still Life” bersama BIGBANG.
Harap-harap betul la Taeyang buat comeback solo..