Kenapa padam gambar tu?
Baru-baru ini, Jennie BLACKPINK telah memuat naik sekeping gambar di laman Instagramnya tetapi, tidak lama kemudian idola itu memadam gambar terbabit.
Namun, netizen sempat menangkap skrin posting itu dan mula menyiarkannya di media sosial serta membuat beberapa andaian. Netizen merasakan Jennie BP mungkin berada di Amerika Syarikat kerana sedang merakam lagu terbarunya di sana.
Daripada imej yang dikongsi, peminat telah membuat spekulasi bahawa Jennie berada di Studio Rakaman Chalice di Los Angeles, California, untuk bekerjasama dengan James Fauntleroy. Untuk pengetahuan, James Fauntleroy merupakan seorang komposer yang memenangi anugerah Grammy dan dia pernah membuat lagu kepada artis terkenal seperti Drake, Travis Scott, Kendrick Lamar, Beyonce, Rihanna dan Bruno Mars.
Walaupun masih lagi tiada kenyataan rasmi daripada Jennie, ramai peminat meluahkan rasa teruja serta memberi sokongan.
Tunggu kenyataan daripada Jennie nanti.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.