Ikuti Kami:

“Pada Asalnya..” – Nak Hapuskan Soojin? Soyeon Perjelas Sebab Sebenar (G)I-DLE Tukar Nama Kepada I-DLE

“Pada Asalnya..” – Nak Hapuskan Soojin? Soyeon Perjelas Sebab Sebenar (G)I-DLE Tukar Nama Kepada I-DLE

Selepas 7 tahun debut, (G)I-DLE telah memutuskan untuk menukar nama kumpulan mereka kepada i-dle.

Bukan sahaja menukar nama kumpulan, i-dle juga telah mengeluarkan semula semua lagu mereka sebelum ini, sebagai kumpulan lima ahli. Bermakna, suara bekas ahli, Soo-jin, telah dikeluarkan serta merta dari kesemua lagu mereka.

Susulan penampilan mereka dalam program “The Seasons” yang dihoskan oleh Park Bo-gum, ketua kumpulan iaitu So-yeon telah menjelaskan sebab mereka membuat keputusan untuk menukar nama kumpulan. Jelasnya,

Pada asalnya semasa kami bersiap untuk debut, kami ingat nama kami hanyalah ‘i-dle’. Tetapi apabila kami debut, media memanggil kami sebagai ‘(G)I-DLE’.

i-dle

Sambungnya lagi,

Kami sentiasa ‘i-dle’. Jadi kami fikir, kami akan tukar nama kami kepada ‘i-dle’ selepas orang dah makin mengenali kami. Ia bukanlah proses yang mudah dan kami tidak dapat mengubahnya selama tujuh tahun. Tapi akhirnya, kami dapat menjadikan ‘i-dle’ sebagai nama rasmi kami sekarang.

Ohh macam tu..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily  untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Star News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...