Ikuti Kami:

P.O BLOCK B Akan Sertai Khidmat Ketenteraan Dalam Kor Marin Mac Ini

P.O BLOCK B Akan Sertai Khidmat Ketenteraan Dalam Kor Marin Mac Ini

P.O BLOCK B akan mendaftar untuk perkhidmatan ketenteraan mandatorinya pada bulan Mac ini!

Pada 10 Februari, JTBC melaporkan bahawa P.O telah diterima masuk ke dalam Kor Marin dan dia akan mendaftar pada 28 Mac ini. Sebagai tindak balas kepada laporan itu, wakil dari agensinya Artist Company mengesahkan,

P.O baru-baru ini memohon untuk sertai Kor Marin, dan dia diterima. Dia akan mendaftar masuk bulan depan pada 28 Mac dan menunaikan tugas ketenteraannya. P.O menawarkan diri untuk Kor Marin atas kehendaknya sendiri. Kami tidak akan mendedahkan lokasi dan masa pendaftaran kerana COVID-19.

Tambah agensi,

‘Play Back’, drama yang sedang dibintanginya, akan tamat sebelum dia mendaftar, dan dengan rancangan yang sedang dibintanginya, dia akan mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijadualkan sebelum pendaftarannya dan kemudian pergi.

block b p.o enlist

Sekadar info, P.O atau nama sebenar Pyo Ji-hoon, dilahirkan pada 1993 dan kini berusia 29 tahun. Artis itu memulakan kerjaya sebagai ahli BLOCK B pada 2011, dan dia telah membintangi pelbagai drama termasuk “Degree of Love”, “Love Alert”, “Encounter”, “Hotel Del Luna” dan banyak lagi. Selain itu, dia kini merupakan ahli tetap di program “Amazing Saturday”.

Selamat berkhidmat P.O!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...