Ikuti Kami:

‘Our Beloved Summer’ Bakal Tayang Episod Istimewa Pada 27 Januari

‘Our Beloved Summer’ Bakal Tayang Episod Istimewa Pada 27 Januari

Popular betul kan “Our Beloved Summer” sekarang?

Menurut laporan media, drama tersebut akan menayangkan satu episod istimewa bertajuk “Our Beloved Summer: The Movie” pada 27 Januari nanti kerana kepopularitiannya.

Dalam pada itu, drama lakonan Kim Da-mi dan Choi Woo-shik itu akan menayangkan episod terakhir pada 25 Januari nanti.

sbs our beloved summer

Menurut jangkaan ramai, berkemungkin besar episod istimewa itu akan memaparkan dokumentari penuh yang diterajui watak kedua mereka iaitu Choi Woong (Choi Woo-shik) dan Yoon Kook-soo (Kim Da-mi).

Untuk pengetahuan, “Our Beloved Summer” ialah sebuah drama komedi romantik tentang perasaan rumit pasangan yang telah berpisah. Tetapi apabila dokumentari yang mereka rakam 10 tahun lalu di sekolah menengah tiba-tiba menjadi popular, mereka terpaksa bersama di hadapan kamera sekali lagi.

Yeay tak sabarnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...