Ikuti Kami:

‘Otai’ Baek Jiyoung Bakal Lancar Lagu Baru Jun Ini

‘Otai’ Baek Jiyoung Bakal Lancar Lagu Baru Jun Ini

Baru-baru ini, seorang penyanyi ‘otai’ Baek Ji-young, dikhabarkan bakal melancarkan lagu baharu!

Baek Ji-young baru-baru ini menerima banyak sokongan melalui TV Chosun “National Singer Tomorrow”, “The State Calls”, siaran JTBC “Where I Return to Me – Liberation Town”, dan melalui saluran YouTube “Baek Ji-young”, yang memberikan hiburan yang menyenangkan dan kualiti yang memberansangkan.

Baek Ji-young akhirnya kembali ke karier utamanya selepas dia bakal mengeluarkan single digitalnya ” I Become A Fool In Front Of Love” selepas kira-kira 11 bulan.

Sebelum pelancaran lagu baharu Baek Ji-young “I Become A Fool In Front Of Love’, satu video teaser ‘spoiler’ juga telah dimuat naik di akaun sosial media rasmi yang mana makin meningkatkan jangkaan terhadap lagu terbaru ini.baek ji youngDalam video ‘spoiler’ tersebut, lirik yang realistik dan sedih seperti

Saya menjadi bodoh di hadapan cinta, di negara di mana saya tidak boleh hidup sehari tanpa awak, di negara di mana saya hanya boleh mencari awak

Baek Ji-young juga turut mempamerkan suara yang sehabis baik dalam menonjolkan emosi melalui lagu tersebut. Lagu baharu oleh Baek Ji-Young akan mengeluarkan informasi lagu tersebut secara berurutan, bermula dengan video ‘spoiler’, teaser video muzik, jalan cerita utama dan klip video secara langsung.

Lagu baharu Baek Ji-young ‘I Become A Fool In Front Of Love’ akan dikeluarkan melalui setiap platform muzik secara atas talian pada 2 Jun ini.

Apa agaknya konsep untuk lagu baru ini ya? Kita sama-sama nantikan lagu oleh ‘otai’ Baek Ji-young okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...