Jin BTS baru sahaja mencipta rekod 2021 untuk penyanyi K-pop dengan lagu OST baharunya untuk drama tvN “Jirisan”!
Pada 7 November jam 5:30 petang, Jin mengeluarkan lagu solo “Yours”, sumbangannya yang sangat dinanti-nantikan untuk runut bunyi drama baharu Jun Ji-hyun dan Joo Ji-hoon, iaitu “Jirisan”.
Sejurus selepas dikeluarkan, lagu itu melonjak ke puncak carta iTunes di banyak negara di seluruh dunia.
Setakat 3:30 pagi pada 8 November, “Yours” telah pun mencapai nombor 1 pada carta lagu teratas iTunes di sekurang-kurangnya 82 wilayah berbeza termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, Perancis, Jerman, Australia, Brazil, Kanada, Indonesia, Malaysia, Itali, Mexico, Norway, Rusia, Thailand, Sweden, United Arab Emirates, Filipina dan banyak lagi, yang mana telah mencapai rekod baharu untuk lagu solo K-pop yang dikeluarkan pada 2021.
Tahniah Jin! Jom dengar lagu ni.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.