Ikuti Kami:

“Orang Panggil Saya..” – Song Joongki Luah Perasaan Selepas Banyak Kali Gagal Uji Bakat Lakonan Di Luar Negara

“Orang Panggil Saya..” – Song Joongki Luah Perasaan Selepas Banyak Kali Gagal Uji Bakat Lakonan Di Luar Negara

Sudah lebih 15 tahun aktif dalam dunia lakonan di Korea, Song Joong-ki nampaknya ingin mencabar dirinya untuk berlakon dalam projek luar negara.

Terbaru dalam satu temu bual untuk filem barunya “My Name Is Loh Kiwan”, Song Joong-ki berkongsi bahawa dia ingin mengambil cabaran untuk menjalani uji bakat untuk berlakon di luar negara. Kongsinya,

Saya sentiasa mengambil cabaran, hanya untuk berseronok.

Namun dia menambah,

Saya banyak kali gagal dan saya melaluinya dengan fikiran bahawa saya akan ke tahap itu nanti.

song joongki

Ketika bercakap mengenai pengalamannya melalui uji bakat lakonan di luar negara, Song Joong-ki berkongsi,

Saya tak rasa perbezaan langsung walaupun saya pelakon terkenal di Korea. Nasib baik, di sini orang panggil saya ‘top star’ tapi bila saya lakukan uji bakat di luar negara, saya bukanlah sesiapa kan? Saya seronok pergi uji bakat. Walaupun gagal, saya tidak berasa sedih mengenainya.

Fighting Song Joong-ki!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...