Ikuti Kami:

“Orang Kena Lupakan..” – Min Heejin Dedah HYBE Bayar Jenama Terkenal Untuk Tewaskan BLACKPINK

“Orang Kena Lupakan..” – Min Heejin Dedah HYBE Bayar Jenama Terkenal Untuk Tewaskan BLACKPINK

Industri Korea sedang digemparkan dengan isu yang sedang melanda HYBE Entertainment.

Pada 25 April, Min Hee-jin telah mengadakan sidang media kecemasan berikutan dengan isunya bersama HYBE. Di mana, dalam sidang tersebut dia telah mendedahkan banyak bukti perbualan dirinya bersama barisan pengarah HYBE mengenai beberapa isu termasuk berkenaan dengan BLACKPINK.

Salah satu perbualannya bersama dengan ketua eksekutif HYBE iaitu Park Ji-won, jelas kelihatan rancangan mereka untuk menentang BLACKPINK.

Dalam mesej tersebut, Park Ji-won telah dilihat berkata,

Cukup tak untuk buat orang lupakan BLACKPINK?

Min Hee-jin membalas,

Boleh sangat.

Sambung Park Ji-won lagi,

Kita tak latih artis kita untuk menyanyi tapi kalau bab menari itu senang je..

Selain itu, Min Hee-jin mendedahkan bahawa HYBE telah membayar banyak jenama-jenama terkenal yang sedang dan pernah bekerja dengan ahli BLACKPINK untuk turut bekerjasama dengan NewJeans.

Pengasas ADOR itu turut menyatakan bahawa beberapa carta muzik terkenal seperti BillBoard juga telah dibayar oleh HYBE, untuk memastikan artis di bawah naungannya akan menduduki carta tertinggi, membuat persembahan serta memenangi anugerah di acara muzik tersebut.

Hmm makin panas ni..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...