Ikuti Kami:

“Oppa Selamatkan Saya” – Foto Intim & Mesej Rayuan Mendiang Kim Saeron Buat Kim Soohyun Tular

“Oppa Selamatkan Saya” – Foto Intim & Mesej Rayuan Mendiang Kim Saeron Buat Kim Soohyun Tular

Pemilik YouTube Garo Sero Institute Research sepertinya tidak gerun dengan agensi Kim Soo-hyun yang bertegas ingin mendakwa sesiapa mengaitkannya dengan Kim Sae-ron.

Terbaru, mereka sekali lagi meriliskan gambar intim Kim Soo-hyun dan Kim Sae-ron yang khabarnya diambil pada 2016 untuk membuktikan bahawa mereka telah bercinta selama setahun pada ketika itu.

Malah mesej mendiang yang merayu meminta Kim Soo-hyun untuk tidak menyamannya juga tersebar. Tulisnya,

Saya telah menerima notis undang-undang, ia mengatakan bahawa awak sedang menyaman saya… Awak kata akan memberi saya banyak masa, jadi saya telah bekerja keras untuk membuat persiapan bagi kemunculan semula saya. Saya merancang untuk membayar balik secara beransur-ansur dari setiap projek yang saya sertai. Saya bukannya mengatakan bahawa saya tidak akan membayar balik wang itu, tetapi jika awak meminta saya untuk membayar 700 juta KRW sekarang, saya memang tidak mampu. Adakah kita benar-benar perlu sampai ke tahap saman? Tolong selamatkan saya… Saya merayu kepada anda. Tolong beri saya sedikit masa.

kim soohyun cium kim saeron

Rata-rata peminat menyelar Kim Soo-hyun dek pendedahan ini kerana lelaki itu seperti tiada hati perut yang menggunakan situasi genting Kim Sae-ron bagi mendapatkan wang. Malah ramai mengutuk tindakannya bercinta dengan mendiang di usia 15 tahun meskipun lelaki itu sudah berusia 27 tahun pada ketika itu.

Sumber :   The Qoo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.