K-Drama sebenarnya tak seindah disangka.. benarlah drama itu hanyalah fiksyen dan tak boleh dipercayai.
Baru-baru ini, seorang wanita Korea telah mendedahkan bagaimana toksiknya lelaki di negara itu. Tular di Twitter, seorang wanita Malaysia telah mengulang ciapan berkenaan bagi menceritakan pengalaman buruknya apabila bertemu lelaki di Korea.
Katanya, semasa berada di dalam kelab di Itaewon, lelaki yang sedang berdansa dengannya secara tiba-tiba bertindak tidak senonoh hingga membuatkan dia tercengang dan berlalu pergi ke tempat lain selepas menamparnya.
Dalam ciapan yang sama, seorang wanita Melayu lain berkongsi cerita mengenai temu janji yang bertukar buruk apabila dia bertemu seorang lelaki Korea ketika di Kuala Lumpur. Katanya, dia tak semena-mena disoal sama ada ‘wanita Melayu suka melakukan hubungan intim bersama lelaki luar sebelum berkahwin’.
Mendengarkan pengalaman mereka, rata-rata pembaca turut meninggalkan komen meluahkan rasa kesal mengenai sikap lelaki di sana. Kata mereka, lelaki Korea kebanyakan memandang rendah ke atas wanita dan sentiasa menganggap bahawa lelaki sebagai kaum ‘superior’.
Angan-angan sahaja..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉