Ikuti Kami:

Oneus Bakal Comeback Dengan Album Mini Ke-7 ‘TRICKSTER’

Oneus Bakal Comeback Dengan Album Mini Ke-7 ‘TRICKSTER’

Kumpulan penyanyi lelaki yang baru sahaja debut pada 9 Januari tahun 2019 lalu, Oneus yang terdiri daripada Ravn, Seo-ho, Leedo, Keon-hee, Hwan-woong, dan juga Xion. Kumpulan ini bernaung di bawah syarikat RBW Entertainment. Terbaru, Oneus dikhabarkan bakal buat comeback dengan album mini ke-7, “TRICKSTER”.

Pada 12 April lalu, seorang wakil dari agensi mereka, RBW Entertainment berkongsi maklumat kepada Xports News,

Memang benar Oneus sedang membuat persediaan untuk album baharu untuk comeback pada bulan Mei. Jadual khusus akan diumumkan kemudian.

oneus

Oneus memulakan kerjaya mereka dengan album mini pertama mereka “LIGHT US”, yang mempunyai lagu-lagu seperti “Valkyrie”, “Twilight”, “LIT”, “A Song Written Easily”, “TO BE OR NOT TO BE”, “Irrefutable”, “Black Mirror” dan sebagainya.

Mereka membuktikan kejayaan mereka dengan meraih populariti apabila menduduki tempat pertama dalam rancangan muzik dengan tajuk lagu “Moon (LUNA)” daripada album mini ke-6 mereka, “BLOOD MOON” yang dilancarkan pada November tahun lalu.

Dalam pada itu, Oneus berjaya menamatkan lawatan ke 14 bandar di Amerika Syarikat pada Februari dan bakal mengadakan konsert solo ketiga mereka di Jepun pada 24 April dan 2 Mei akan datang.

Para peminat Oneus dah tanda kalendar korang ke? Jangan lepaskan peluang korang untuk jadi yang terawal untuk menyaksikan album mini nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...