Ikuti Kami:

“Okay Tak?” – Alami Gastroenteritis, Ramai Tersentuh Yoo Jaesuk Jaga Song Jihyo Dalam ‘Running Man’

“Okay Tak?” – Alami Gastroenteritis, Ramai Tersentuh Yoo Jaesuk Jaga Song Jihyo Dalam ‘Running Man’

Tak semua orang akan memiliki kesihatan yang baik sahaja betul tak? Mesti akan ada hari di mana kita akan mengalami sakit yang tidak dijangka.

Sama juga dengan Song Ji-hyo yang dilihat bergelut dengan kesakitan dan nampak pucat dalam epsiod terbaru “Running Man”.

Sebelum sempat dipersoalkan penonton, Yoo Jae-suk tampil menjelaskan bahawa pelakon wanita itu mengalami entritis (radang atau jangkitan pada bahagian usus) dan kurang sihat pada hari penggambaran tersebut.

song jihyo kim jongkook

Rata-rata peminat meluahkan rasa bersyukur kerana pengacara popular itu yang dilihat sering memerhatikan Song Ji-hyo dan bertanyakan keadaannya apabila dia memegang perut menandakan bahawa dia tidak selesa.

Awak okay tak? Jangan paksa sangat.

Bahkan Yoo Jae-suk turut mengalihkan perhatian Ji Suk-jin daripada bertanya lebih buat Song Ji-hyo bagi membiarkan dia berehat.

Malah ramai yang memuji Song Ji-hyo kerana dia tetap menyertai penggambaran meskipun tidak sihat. Mungkin kerana mereka kekurangan ahli pada hari berkenaan kerana Jun So-min yang perlu menjalani kuarantin diri selepas menjadi kontak rapat kepada pesakit COVID-19.

Apa pun, semoga Song Ji-hyo cepat sembuh!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...