“Okay Juga Kalau Dia Jadi Ahli Baru” – Joo Woojae Jadi Tetamu ‘Running Man’ Buat Kali Ketiga
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Sebati betul ‘chemistry’ antara Joo Woo-jae dan program “Running Man” kan?
Terbaru, model dan juga pelakon itu didedahkan bakal menjadi tetamu rancangan itu lagi pada episod akan datang bersama Byun Woo-seok dan Park Kyung-hye.
Menerusi klip yang dikongsi SBS, episod itu nanti akan membawa misi ‘Running Mon Monster’ dan sepertinya akan ada segmen mencabut tag nama iaitu permainan paling disukai ramai.

Mendengarkan perkhabaran ini, rata-rata peminat program popular itu menyuarakan komen positif mengenainya. Kata mereka, setiap kali Joo Woo-jae menjadi tetamu, pastinya episod itu akan menjadi seronok kerana telatahnya yang kelakar.
Bahkan ramai yang tidak kisah sekiranya “Running Man” mengambil lelaki tinggi lampai itu sebagai ahli tetap terbaru.

Tak sabar nak tengok episod minggu hadapan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




