Ikuti Kami:

Ok Taecyeon Ditawar Terajui ‘Tale Of The Secret Royal Inspector & Jo Yi’ Lepas Jo Byeonggyu Terlibat Kes Buli

Ok Taecyeon Ditawar Terajui ‘Tale Of The Secret Royal Inspector & Jo Yi’ Lepas Jo Byeonggyu Terlibat Kes Buli

Merebut perhatian ramai dek watak dua personaliti dalam “Vincenzo”, Ok Taec-yeon dikhabarkan mungkin akan berlakon dalam drama bersejarah baru tak lama lagi.

Menurut agensi lelaki itu, memang benar Ok Taec-yeon ada menerima tawaran daripada drama “Tale Of The Secret Royal Inspector And Jo Yi” dan kini sedang menelitinya bersama beberapa lagi tawaran lain.

“Tale Of The Secret Royal Inspector And Jo Yi” membawa kisah inspektor diraja rahsia yang menyamar bagi mendedahkan rasuah. Ra Yi-eon (Ryan) ialah pegawai termuda dalam organisasi tersebut selepas menduduki tempat pertama dalam peperiksaan kebangsaan. Dia merupakan seorang lelaki yang memiliki sepasang mata yang menawan namun tidak mempunyai impian mahupun keinginan untuk masa hadapan.

ok taecyeon

Meskipun sebelum ini teraju utama drama tersebut ditawarkan kepada Jo Byeong-gyu namun disebabkan oleh kes buli yang didedahkan baru-baru ini, tidak dapat dipastikan sama ada dia masih akan membintangi drama ini.

Selain daripada itu, watak heroin dikatakan  telah ditawarkan kepada Jung So-min namun masih belum ada kata putus daripada pihak pelakon wanita tersebut.

Makin ‘hot’ kan Ok Taec-yeon?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...