“Oh Nara Lagi Cantik..” – Ji Sukjin Usik Penampilan Lee Mijoo Dalam ‘The Sixth Sense 3’
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Setiap minggu, pasti ada sahaja pertelingkahan yang berlaku antara ahli “The Sixth Sense 3”.
Terbaru, Ji Suk-jin yang hadir sebagai tetamu telah menggunakan peluang tersebut untuk mengusik Lee Mi-joo.
Semasa melawat sebuah studio yang kononnya diduduki seorang ‘komposer musik membantu tidur’, Lee Mi-joo sempat menunjukkan kemahiran bermain pianonya. Malah Oh Na-ra turut berdiri bersama gadis itu dan bermain bersama.
Melihatkan kedua wanita itu yang duduk bersebelahan, usik Ji Suk-jin,
Apabila dilihat, Oh Na-ra memang lagi cantik dari Mi-joo.

Mi-joo tidak menahan marah dan memberi respon,
Ji Suk-jin yang paling teruk di sini.

Tambah Ji Suk-jin lagi,
Saya boleh membuat perbandingan yang jelas kerana awak berdua di sini.
Sampuk Lee Mi-joo,
Jadi?!

Melihatkan reaksi gadis itu, kedua-dua Ji Suk-jin dan Yoo Jae-suk tidak mendapat menahan ketawa dan mengakui bahawa seronok menguksik Lee Mi-joo kerana reaksinya yang kelakar.
Penat Mi-joo nak melayan mereka..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




