Ikuti Kami:

OH MY GIRL Akan Rilis Lagu Kolaborasi ‘Shark’ Bersama UNIVERSE

OH MY GIRL Akan Rilis Lagu Kolaborasi ‘Shark’ Bersama UNIVERSE

OH MY GIRL dan UNIVERSE akan mempersembahkan sinergi istimewa!

UNIVERSE, platform fandom global, mengumumkan pelancaran lagu kolaborasi mereka “Shark” dengan OH MY GIRL pada 23 Disember ini.

Bersama-sama dengan berita itu, UNIVERSE telah mendedahkan foto teaser dan imej jadual “Shark” pada aplikasi dan media sosialnya. Imej yang dikeluarkan mempamerkan daya tarikan ahli OH MY GIRL sambil mereka menikmati masa minum teh dengan santai.

https://twitter.com/into__universe/status/1470680121912832004

Menurut jadual, UNIVERSE akan mengeluarkan foto konsep pada 16 Disember dan teaser MV pertama, versi “The Ball” pada 19 Disember. Kemudian pada 21 Disember, teaser MV kedua, versi “The Door” akan didedahkan, menghangatkan suasana kemunculan semula.

Sebelum ini, OH MY GIRL telah mengambil bahagian dalam pelbagai kandungan asal UNIVERSE, termasuk “Otlantis Kingdom: New Era”, “SSAP-DANCE” dan “‘Parasite’ Challenge, OH MY GIRL”.

Sementara itu, “Shark” akan dikeluarkan pada 23 Disember ini jam 5 petang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...