Sementelah tarikh tayangan musim ketiga “Squid Game” semakin menghampiri, semakin giat laman penstriman Netflix mempromosikan siri itu di serata dunia.
Bagi Malaysia, mereka membawa Amir Ahnaf sebagai wajah untuk watak Thanos sekiranya siri itu dilahirkan semula di Malaysia. Dengan nama PANOS, sepertinya pelakon tempatan itu mempunyai bakat unik untuk membawakan watak itu.
Dalam siri asal, watak Thanos dilakonkan oleh T.O.P, bekas ahli BIGBANG di mana ia mendapat perhatian ramai memandangkan ini merupakan kepulangannya dalam dunia lakonan setelah sekian lama mendiamkan diri.
View this post on Instagram
Malah ramai yang memuji hanya T.O.P yang mampu melakonkan watak ini, dan sepertinya Amir Ahnaf juga mampu menjadi ‘PANOS’ tapi dengan rentaknya sendiri.
Komen netizen, “Please la buat remake versi Malaysia”, “Apa benda ni..”, “Not bad Amir Ahnaf” dan banyak lagi.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.