Ikuti Kami:

‘Nobody Knows’ Mendebarkan, Ungguli Slot Drama Isnin-Selasa Dengan Rating Tertinggi!

‘Nobody Knows’ Mendebarkan, Ungguli Slot Drama Isnin-Selasa Dengan Rating Tertinggi!

Tak disangka bahawa ramai sebenarnya penonton yang lebih sukakan drama berat seperti thriller dan seram berbanding dengan naskhah romantik yang ringan dan membuai perasaan. Sebab itulah, ramai sebenarnya yang setia dengan K-Drama kerana mereka sering menghasilkan drama bergenre sedemikian yang berkualiti tinggi sampai nampak seperti filem!

Antara salah satu drama yang menjadi kegilaan penonton pada ketika ini ialah “Nobody Knows” yang ditayangkan di bawah saluran SBS.

Sinopsis pendek “Nobody Knows”

Kisah bermula dengan watak utama iaitu Cha Youngjin (Kim Seohyung) berdiri berseorangan dalam sebuah hutan tebal. Dalam masa lampau, wanita itu berjalan dalam hutan yang sama dengan rakan baiknya semasa zaman persekolahan. Bahagia hanya seketika apabila sahabatnya itu menjadi mangsa pembunuhan kejam sehingga menggemparkan Korea pada waktu itu. Youngjin menyimpan rasa bersalah sehingga kini kerana dia tidak menjawab panggilan rakannya itu pada malam kejadian.

Selepas disiasat oleh pihak polis kerana pembunuhan tersebut, telefon rakannya berdering dan menunjukkan bahawa pembunuh itu yang menghubunginya. Penjenayah itu mengumumkan pengakhiran kepada siri pembunuhannya namun Youngjin bermatian berjanji dengan dirinya sendiri untuk memberkas lelaki tersebut. Bagi memastikan kes itu terus disiasat, dia menipu polis dan mengatakan bahawa pembunuh itu akan meneruskan jenayah kejamnya. Melompat ke 19 tahun kemudiannya, wanita kini merupakan seorang detektif yang hanya memberikan fokus kepada misteri pembunuhan rakannya itu.

drama nobody knows

Rating terbaik bagi slot tersebut

Dengan plot yang semakin memuncak, Youngjin, Sunwoo, Eunho dan yang lain kini dalam misi bagi membanteras kegiatan jahat yang berlaku di sebalik gereja ‘New Life’. Walaubagaimanapun, usaha mereka nyata bukan mudah kerana Sangho pandai menutup segala perbuatan jenayahnya sehingga tiada sebarang bukti yang menunding ke arahnya.

drama nobody knows

Disebabkan oleh plotnya yang mendebarkan, “Nobody Knows” kini duduk selesa di tangga teratas bagi slot drama Isnin-Selasa sejak daripada awal tayangan lagi. Episod ke-10 drama ini memperlihatkan ia mencatatkan rating 8.1% dan 9.7% di mana ia menaik sebanyak 0.5% daripada episod sebelumnya.

Jangan lupa saksikan “Nobody Knows” pada hari Isnin dan Selasa di saluran SBS!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...