Ikuti Kami:

No 7 Di Ranking Global & No 1 Di Malaysia, Filem Netflix ‘Love And Leashes’ Raih Respon Pro-Kontra

No 7 Di Ranking Global & No 1 Di Malaysia, Filem Netflix ‘Love And Leashes’ Raih Respon Pro-Kontra

Sepertinya Netflix cuba membawa pembaharuan baru dengan genre romantik yang jarang dihasilkan.

Berdasarkan webtoon “Moral Sense”, filem “Love And Leashes” membawa kisah Ji-hoo (Lee Jun-young), seorang yang kelihatan sempurna namun mempunyai ‘citarasa’ yang unik manakala Ji-woo (Seo-hyun) ialah staf perhubungan awam yang berdedikasi dan tanpa sengaja mempelajari rahsia lelaki itu dan mula berasa ingin tahu.

Menerusi filem ini, laman penstriman itu sepertinya akan menampilkan lebih banyak naskhah bergenre romantik yang ‘mengejutkan’ untuk tatapan ramai.

netflix love and leashes

Kredit: Netflix

Selepas 3 hari tayangan, filem yang diterajui Seo-hyun Girls’ Generation dan Lee Jun-young itu menunjukkan pencapaian yang baik. Di ranking global Netflix, ianya duduk selesa tangga ke-7 kini.

Manakala ia meraih tempat pertama di beberapa negara seperti Indonesia, Filipina, Korea Selatan, Thailand, Vietnam dan juga Malaysia.

netflix love and leashes

netflix love and leashes

Membawa plot yang ‘hangat’, sudah pasti penonton akan memberikan pelbagai respon dan reaksi mengenai plot serta lakonan yang ditampilkan. Meskipun ada pujian, namun “Love And Leashes” tetap menerima beberapa kritikan,

Macam silap sahaja pilih Seo-hyun.

 

Tak best pun..

 

Saya merasakan bahawa Seo-hyun sentiasa kekok, minta maaf kerana ini hanya pendapat sendiri.

 

Saya sahaja ke yang sukakannya.. ia hanya menceritakan serba ringkas mengenai hal itu dan menceritakan mengenainya tanpa gambaran negatif. Kalau diceritakan dengan melebih-lebih, saya sendiri akan berasa geli untuk menonton.

 

Ianya ‘fresh’. Lebih baik daripada kisah lain yang klise.

 

Geram dengar suara Seo-hyun, dia seperti menggumam sahaja.

 

Lakonan pelakon lelaki agak ‘over’.

 

Saya sukakannya! Mesti sukar untuk hasilkan cerita sebegini. Jadi sangat puas menonton kerana ianya segar dan menghiburkan.

 

Bagi saya, okay je?

Bagaimana pula pendapat anda?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...