Ikuti Kami:

No 4 Rating Tertinggi Dalam Sejarah SBS, Ramai Puas Hati Lihat Ending & Minta Musim Ke-2 ‘Taxi Driver’

No 4 Rating Tertinggi Dalam Sejarah SBS, Ramai Puas Hati Lihat Ending & Minta Musim Ke-2 ‘Taxi Driver’

Sedih betul bila drama best menamatkan tayangannya kan? Seperti ramai yang terasa kosong apabila drama “Taxi Driver” melabuhkan tirainya kelmarin.

Sinopsis

Daripada webtoon dengan nama yang sama, “Taxi Driver” membawa kisah satu perkhidmatan teksi misteri bernama ‘Rainobow Taxi’ di mana ia membalas dendam bagi pihak mangsa yang tidak dapat keadilan daripada undang-undang.

Episod akhir kekal mendebarkan

“Taxi Driver” terus menjadi buah mulut orang ramai selepas ia menayangkan episod pertama pada dua bulan lalu. Dilengkapi dengan pelbagai babak aksi yang mengasyikkan, lakonan mantap kesemua barisan pelakon utama turut menambahkan rencah yang memuaskan buat drama ini.

Tambahan pula drama ini menyelitkan pelbagai kisah jenayah yang sememangnya benar-benar berlaku di dalam dunia sebenar. Rata-rata penonton turut merasai bebanan dan keresahan para mangsa yang menjadi ‘alat’ penjahat.

sbs taxi driver

[Amaran SPOILER]

Walaupun bermula gah, syarikat ‘Rainbow Taxi’ mengalami kesukaran apabila ‘diserang’ si tamak CEO Baek. Malah bisnes yang sekian lama dibina mereka hampir menemui jalan mati. Namun dalam episod terakhir, mereka bangkit semula dan berjaya menyelamatkan syarikat berkenaan daripada tersungkur selain berjaya menyumbat dalang berkenaan di tempat yang sepatutnya.

Malah ramai yang berharap akan musim kedua selepas melihat pendakwaraya Kang Ha-na (Esom) bergabung tangan dengan ‘Rainbow Taxi’ meskipun menyelar kerja mereka pada awalnya.

Rating mantap sepanjang tayangan

Mungkin disebabkan ianya dipelopori daripada webtoon popular, “Taxi Driver” sudah pun mencuri perhatian penonton sejak daripada sebelum tayangan lagi. Namun berkat kesungguhan setiap pelakon seperti Lee Je-hoon, Kim Eui-sung, Pyo Ye-jin, Esom dan ramai lagi selain plot balas dendam yang memuaskan pada saban episod, nampaknya ia mampu menarik ramai penonton baru pada saban episod.

sbs taxi driver

Bukan sahaja dinamakan sebagai siri mini yang paling banyak ditonton sepanjang minggu ini, malah episod terakhirnya berjaya mengaut rating ke-4 tertinggi (15.3%) bagi drama slot Jumaat-Sabtu dalam sejarah SBS. “Taxi Driver” hanya duduk selesa di belakang “The Penthouse 2”, “The Fiery Priest” dan “Stove League”.

Pastinya ramai yang dah rindukan pasukan ‘Rainbow Taxi’ kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...