Utama Filem Korea No 2 Di Ranking Netflix Global Kini, ‘Kingdom: Ashin Of The North’...

No 2 Di Ranking Netflix Global Kini, ‘Kingdom: Ashin Of The North’ Raih Komen Pro-Kontra

netflix global kingdom: ashin of the north

Pastinya peminat siri “Kingdom” sudah pun habis menonton episod khas “Kingdom: Ashin Of The North” di Netflix kan?

Meruapakan cerita sampingan kepada drama zombi popular itu, ia mengupas kisah permulaan penyebaran wabak zombi tersebut dan bagaimana Ashin, seorang wanita daripada wilayah selatan terlibat dengannya.

Baru 3 hari ditayangkan, episod berdurasi 92 minit itu nyata mendapat perhatian penonton daripada seluruh dunia. Bahkan ianya duduk selesa di tempat kedua dalam ranking Netflix Global kini.

netflix global kingdom: ashin of the north

Daripada respon penonton, terdapat komen pro dan kontra mengenainya.

Saya berasa mengantuk semasa menonton, musim pertama dan kedua adalah lebih menyeronokkan.

 

Penulis Kim Eun-hee adalah terbaik! Sepanjang menonton episod khas ini, saya berasa kagum dengannya.

 

Lebih banyak elemen balas dendam daripada zombi, jadi ianya tidak menyeronokkan bagi saya.

 

Saya masih rasa ia mengujakan meskipun Jun Ji-hyun tidak mempunyai dialog yang banyak. Saya tak sabar menanti musim seterusnya.

 

Tak berapa nak dengar sangat suara Jun Ji-hyun. Ianya sangat gelap.. sekadar penjelasan yang baik mengenai permulaan dunia ‘Kingdom’.

 

Boring je..

 

Saya berasa pengcahayaan yang digunakan agak gelap kadang-kadang..

 

10 minit terakhir adalah sangat menyeronokkan.

Apa pula pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERInsight
Loading...