Ikuti Kami:

No 1 Milik ‘Taxi Driver’, 6 Naskhah Korea Penuhi Ranking Top 10 Netflix Malaysia Kini

No 1 Milik ‘Taxi Driver’, 6 Naskhah Korea Penuhi Ranking Top 10 Netflix Malaysia Kini

K-Drama lama ke K-Drama baru ke, kalau dah keluar kat Netflix, mesti ramai yang akan layan!

Ini terbukti apabila banyak naskhah dari Korea yang tersenarai di ranking Top 10 di Netflix Malaysia kini.

1. Taxi Driver

lee jehoon taxi driver

“Taxi Driver” membawa kisah satu perkhidmatan teksi misteri di mana ia membalas dendam bagi pihak mangsa yang tidak dapat keadilan daripada undang-undang.

3. The Penthouse

the penthouse 3

Drama ini mengisahkan penduduk Hera Palace yang sanggup melakukan apa sahaja bagi terus kekal berkuasa dalam kehidupan mewah mereka.

4. Our Beloved Summer

sbs our beloved summer

“Our Beloved Summer” ialah sebuah drama komedi romantik tentang perasaan rumit pasangan yang telah berpisah. Tetapi apabila dokumentari yang mereka rakam 10 tahun lalu di sekolah menengah tiba-tiba menjadi popular, mereka terpaksa bersama di hadapan kamera sekali lagi.

5. The Silent Sea

netflix the silent sea

“The Silent Sea” yang berlatar belakangkan masa hadapan membawa kisah pasukan elit yang menjalani misi khas di sebuah pangkalan ditinggalkan di bulan selepas kekurangan sumber di bumi. Ianya diterajui oleh Gong Yoo, Bae Doo-na, Lee Joon, Kim Sun-young dan Lee Moo-saeng.

7. Single’s Inferno

netflix single's inferno

9 wanita dan lelaki solo cuba mencari cinta di kepulauan terpencil dan mereka hanya boleh menikmati ‘syurga’ apabila dapat mencari pasangan.

8. The Devil Judge

tvn the devil judge

“The Devil Judge” berlatarbelakangkan dunia alternatif (alternate universe) atau Korea versi distopia di mana seluruh negara menyertai perbicaraan dalam mahkamah menerusi siaran langsung. Ianya dilakonkan oleh Jisung, Jinyoung GOT7, Kim Min-jung dan Park Gyu-young.

Korang mesti antara yang tonton kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...